Seperti diumumkan ketika acara TUDUM oleh Netflix, siri animasi berdasarkan permainan MOBA iaitu League of Legends, Arcane akan mula disiarkan di Netflix pada 6 November 2021 iaitu pada hari yang sama dengan peringkat akhir untuk Kejohanan World Championship 2021.

Arcane akan dibahagikan kepada tiga bab dengan setiap bab akan mempunyai 3 episod. Bab pertama akan disiarkan pada 6 November, bab kedua pada 13 November dan yang terakhir pada 20 November 2021 menjadikan ia mempunyai 9 episod keseluruhan.

Selain itu, mereka juga telah berkongsi treler baharu bersempena dengan pengumuman ini. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Siri ini akan memfokuskan kepada penceritaan asal usul untuk beberapa watak di dalam League of Legends, antaranya adalah Jinx, Vi, Jayce dan Caitlyn. Ia juga akan menyentuh mengenai bandar Piltover dan Zaun.

Mereka sebelum ini juga telah berkongsi senarai pelakon suara untuk watak-watak di dalam siri ini, ia adalah seperti berikut;

  • Vi – Hailee Steinfeld
  • Caitlyn – Katie Leung
  • Jayce – Kevin Alejandro
  • Silco – Jason Spisak
  • Jinx – Ella Purnell
  • Mel – Toks Olagundoye
  • Vander- J.B Blanc
  • Viktor- Harry Lloyd

Animasi untuk siri ini akan dihasilkan oleh Fortiche Productions yang banyak menghasilkan animasi pendek untuk produk-produk promosi Riot Games termasuk juga video muzik untuk lagu K/DA iaitu POP/STARS. Siri ini dijangka akan tiba pada akhir tahun ini.

Sohor Kini