Bekas pembangun yang keluar daripada Blizzard untuk membangunkan studio mereka sendiri bukanlah sesuatu yang baru, dan terkini, gabungan bekas pembangun Diablo dan Starcraft sekali lagi membuka sebuah lagi studio permainan komputer baru yang dinamakan Uncapped Games.

Studio tersebut dibangunkan oleh David Kim dan Jason Huges, dimana diantara kedua-dua individu ini, mereka telah bekerja dengan Blizzard untuk membangunkan Starcraft 2, Diablo 3 dan Diablo 4, permainan ARPG terbaru yang belum lagi dilancarkan oleh Blizzard. Mereka juga diikuti oleh Zhongshan Zhang, seorang lagi bekas pembangun Blizzard yang telah membantu membangunkan Starcraft 2.

Apa yang menarik mengenai kehadiran studio ini ialah mereka mempunyai bantuan kewangan daripada Tencent Games, konglomerat gaming terbesar di China yang dilihat melaburkan wang ke banyak studio-studio yang baru dibuka dan mahu membangunkan permainan-permainan baru.

Fokus Uncapped Games, sama seperti Frost Giant Studios yang juga dibangunkan oleh bekas pembangun Blizzard ialah untuk memberi nafas baru ke genre Strategi Masa Nyata (Real Time Strategy), dengan bekerjasama dengan Dreamhaven, sebuah lagi studio yang dibangunkan oleh salah seorang pengasas Blizzard, Mike Moorhaime.

Leave a Reply