Mike Morhaime iaitu bekas ketua dan juga pengasas bersama Blizzard mengumumkan penubuhan studio pernerbitan baharu iaitu Dreamhaven. Di mana mereka akan membangun dan menerbitkan permainan sendiri, melalui dua studio pembangunan mereka iaitu Moonshot dan Secret Door.
Moonshot akan diterajui oleh Jason Chayes, Dustin Browder, dan Ben Thompson. Jason Chayes merupakan bekas Penerbit Eksekutif untuk Blizzard, Dustin Browder pula adalah Penerbit untuk StarCraft II dan Ben Thompson pula bekas Pengarah Kreatif untuk Hearthstone. Buat masa ini mereka mempunyai 10 pembangun.
Secret Door pula akan diketuai oleh Chris Sigaty, Alan Dabiri, dan Eric Dodds. Chris Sigaty sebelum ini merupakan Penerbit Eksekutif untuk Heartstone serta StarCraft II. Alan Dabiri pula Pengarah Teknikal untuk Warcraft III dan Eric Dodds merupakan Pengarah asal untuk Hearthstone. Mereka buat masa ini mempunyai 7 pembangun.
Buat masa ini masih tidak disahkan lagi permainan-permainan yang dibangunkan oleh mereka, namun dengan mempunyai perhubungan rapat dengan Blizzard, berkemungkinan genre permainan yang menghampiri permainan-permainan oleh Blizzard.