Treler Baharu Untuk OlliOlli World Dipertontonkan Bersempena E3

Private Division dan Roll7 sebelum ini telah berkongsi permainan baharu bagi siri OlliOlli iaitu OlliOlli World semasa perkongsian Indie World oleh Nintendo. Bersempena dengan E3 yang berlangsung minggu ini, mereka telah berkongsi satu treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Di dalam permainan ini, selain bermain papan selaju melalui pelbagai tempat dan berjumpa dengan ramai watak-watak yang menarik. Pemain juga boleh mengubah rupa watak mereka untuk mengayakan pakaian-pakaian yang berbeza.

OlliOlli World akan dilancarkan pada akhir tahun ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini