Sebelum ini, Sony mempertontonkan trailer terbaru buat permainan seterusnya oleh Insomniac Studio iaitu Marvel’s Spider-Man yang mana mereka memperacahkan sebilangan penjahat buat permainan tersebut.
Antara penjahat yang diperacahkan oleh mereka adalah Electro, Rhino, Scorpio, Vulture dan Mister Negative sekaligus kami berasa ianya merupakan sekumpulan Sinister Six, iaitu pasukan penjahat yang sangat terkenal di dalam siri Spider-Man.
Kini, melalui video temu bual bersama pelakon suara latar Rhino, beliau secara tidak sengaja menyebut nama Doctor Octopus, sekaligus mungkin watak tersebut bakal tiba buat permainan tersebut malah beliau juga mungkin adalah watak terakhir yang diperacahkan melalui trailer E3 2018 lepas.
Namun, ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan di dalam pasukan Sinister Six, Doctor Octopus sememangnya memainkan peranan yang penting. Dengan menyertakan watak penjahat tersebut, ianya sememangnya membuat kami semakin tidak sabar untuk bermain permainan tersebut.
Marvel’s Spider-Man merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Insomniac Games untuk Playstation 4 secara eksklusif akan dilancarkan pada 7 September 2018.
Sony juga sebelum ini mengumumkan versi dan harga permainan tersebut dimana anda boleh ke pautan ini untuk mengetahui informasi lebih lanjut ataupun bagi anda yang berminat dengan edisi terhad permainan tersebut, anda boleh melayari pautan ini.


