Satu lagi permainan yang diperkongsikan oleh Sony ketika acara persidangan mereka iaitu Marvel’s Spider-Man yang dibangunkan oleh Insomniac Studios.
Video yang berdurasikan 7 minit tersebut memaparkan bukan sahaja bentuk pertempuran Spider-Man, malah aksi-aksi beliau bergayut untuk mengelak serangan musuh dan bergerak ke satu tempat ke satu tempat.
Menariknya juga, tampaknya Spider-Man kali ini akan bekerjasama bersama polis bernama Yuri Watanabe dari segi pertolongan dan informasi bersama Spider-Man.
Tetapi apa yang paling menarik di dalam trailer terbaru ini adalah musuh-musuh yang bakal tiba buat permainan tersebut. Terdapat lima penjahat yang dipertayangkan iaitu Electro, Rhino, Scorpio, Vulture dan Mister Negative. Mister Negative sebelum telahpun dipertontonkan sebelum ini ketika E3 tahun lepas. Walaupun begitu, apa yang menarik minat kami adalah senarai penjahat tersebut seolah-olah Sony ingin memperacahkan musuh Sinister Six bakal tiba buat permainan ini.
Tambahan juga, pada penghujung trailer tersebut, trailer tersebut juga memaparkan satu bayangan penjahat misteri dan kami merasakan ianya mungkin Green Goblin ataupun Doctor Octopus. Memandangkan beliau mungkin adalah ketua bagi kumpulan penjahat Sinister Six tersebut.
Kami di Aksiz sememangnya tidak sabar untuk menyelami permainan dunia terbuka Marvel’s Spider-Man ini dan kami percaya Sony dan Insomniac Games pasti tidak akan mengecewakan kami. Seperti biasa sebarang informasi tambahan, kami akan kongsikannya pada masa akan datang.
Sony juga sebelum ini mengumumkan versi dan harga permainan tersebut dimana anda boleh ke pautan ini untuk mengetahui informasi lebih lanjut. Sebagai seorang peminat dan ingin mengumpul koleksi terhad permainan, anda mungkin berminat untuk mendapatkan edisi terhad permainan Marvel’s Spider-Man yang diumumkan sebelum ini.
Marvel’s Spider-Man merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Insomniac Games untuk Playstation 4 secara eksklusif akan dilancarkan pada 7 September 2018.