Pokemon Quest adalah permainan terbaru dari siri Pokemon yang dikeluarkan untuk Switch dan juga permua (akan tiba untuk iOS dan Android pada bulan ini). Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai permainan percuma ini anda boleh membaca pandang pertama kami untuk permainan ini.

Berdasarkan kuciran di akaun Twitter Poke_Time yang diterjemah oleh Nintendo Everything, nampaknya walaupun baru 2 hari dikeluarkan Pokemon Quest telah dimuat turun sebanyak 1 juta kali. Walaupun ia satu jumlah yang besar akan tetapi sudah boleh dijangka terutama ia adalah percuma.

Cuma kami berminat untuk mengetahui dari 1 juta dimuat turun berapa ramai yang sudah berbelanja untuk mendapat pelbagai penambahan dari permainan ini.

Leave a Reply