Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.
Versi Video
Echoes of the End
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC
Permainan aksi pengembaraan terbaru ini meletakkan pemain sebagai Ryn iaitu seorang pahlawan yang mempunyai kebolehan untuk menggunakan magis kuno. Dia perlu melalui dunia Aema yang penuh dengan cabaran tetapi masih satu dunia yang indah untuk diteroka. Permainan ini menjanjikan penceritaan yang sinematik, pertempuran yang pantas dan juga pengembaraan yang terisi dengan pelbagai tekaria dan tempat yang menarik.
Senua’s Saga Hellblade 2
Platform: PlayStation 5
Senua kembali ke PlayStation 5, selepas permainan susulan untuk Hellblade: Senua’s Sacrifice ini hanya dilancarkan untuk Xbox Series dan PC sahaja, pemain-pemain di PlayStation terlepas untuk mencubannya. Namun, ia berakhir sekarang dengan permainan kedua ini akhirnya tiba untuk PlayStation 5 dan bukan itu sahaja, ia juga menerima versi terbaik di PlayStation 5 Pro. Permainan ini terus memberikan pengalaman yang terbaik di dalam pengembaraan dan juga pertempuran yang realistik bersama dengan grafik yang berkualiti tinggi.
Baca: Ulasan Senua’s Saga: Hellblade II
EA Sports Madden NFL 26
Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch 2, PC
Kehangatan mengenai teknologi AI akhirnya turut tiba bagi siri permainan American Football ini oleh EA Sports ini. Melalui judul terbaru mereka menyertakan sistem pembelajaran mesin yang menggunakan AI untuk mengambil situasi-situasi sebenar dan disertakan di dalam tatamain. Ini memberikan ciri-ciri tambahan bukan sahaja untuk jurulatih di dalam menentukan strategi tetapi juga pergerakan-pergerakan pemain terutamanya QB yang akan bertindak seperti mereka lakukan di perlawanan sebenar.
Bendy: Lone Wolf
Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo switch, PC
Bendy merupakan satu IP yang tidak asing lagi bagi penggemar permainan seram, Bendy: Lone Wolf merupakan kandungan tambahan yang dibangunkan untuk permainan kedua siri ini iaitu Boris and the Dark Survival, tetapi telah dilancarkan secara berasingan. Pemain akan menjadi Boris iaitu seekor serigala yang berseorangan dan perlu melalui Joey Drew Studios yang penuh dengan ancaman Ink Demon. Dengan pandangan isometrik, dan kawasan yang dihasilkan secara rawak, Boris perlu mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan diri. Jika anda memiliki Boris and the Dark Survival, permainan ini boleh didapatkan secara percuma.
Abyssus
Platform: PC
Ingin mencari permainan baharu untuk anda bersama dengan rakan-rakan bermain bersama, Abyssus merupakan permainan koperasi sehingga 4 pemain yang menjanjikan sesi permainan FPS yang pantas dengan elemen roguelite disertakan untuk memberikan pengalaman berterusan setiap kali melalui peringkat-peringkat yang ada. Pemain juga boleh mengubah suai senjata dengan 45 mod berbeza untuk memberikan cara terbaik bagi membunuh 36 penjahat yang berbeza. Dilancarkan secara akses awal sebelum ini, ia kini memasuki versi penuh tetapi kandungan-kandungan baharu akan terus disertakan.


