Riot Games bakal memperkenalkan mod permainan terbaharu, League of Legends Classic, melalui kemas kini Patch 26.15 yang dijadualkan lancar pada 29 Julai ini. Mod ini membolehkan pemain kembali merasai era awal permainan tersebut dengan elemen yang diimbas kembali daripada Season 3 yang berlangsung pada tahun 2013.

Berbeza dengan versi moden yang lebih kompleks, League of Legends Classic memfokuskan kepada tempo pertempuran klasik yang lebih perlahan serta kekuatan dan kelemahan karakter yang lebih ketara untuk mendorong keputusan strategi yang lebih mendalam. Peta Summoner’s Rift lama akan dikembalikan dengan penambahbaikan khusus pada sistem pencahayaan, tekstur, dan bayang-bayang demi kejelasan visual semasa bertempur.

Berikut adalah perincian kandungan utama yang bakal ditawarkan:

Sistem Permainan dan Peta Klasik

Pemain bakal menggunakan semula sistem Runes dan Masteries serta Summoner Spells rekaan lama. Dari segi mekanik pemilihan watak, mod ini akan mengehadkan pilihan kepada 60 champions sahaja pada fasa pelancaran. Jumlah ini merangkumi 40 watak asal dan 20 watak tambahan yang dilancarkan antara tahun 2009 hingga 2013, dengan penambahan watak lain secara berperingkat pada masa hadapan.

Berikut merupakan champions yang disertakan semasa pelancaran:

AhriJaxRammus
AlistarKarthusRyze
AmumuKassadinShaco
AndropiviaKatarinaSinged
AnnieKayleSion
AsheKog’MawSivir
BlitzcrankLee SinSkarner
BrandLeonaSona
Cho’GathLuluSoraka
CorkiLuxTaric
Dr. MundoMalphiteTeemo
EvelynnMalzaharTristana
EzrealMaster YiTryndamere
FiddlesticksMiss FortuneTwisted Fate
GangplankMorganaTwitch
GarenNasusVayne
GragasNidaleeVeigar
HeimerdingerNunu & WillumpWarwick
JannaOlafWukong
Jarvan IVPantheonZilean

Setiap champion mengekalkan rekaan kit keupayaan lama mereka sebelum menerima perubahan (pre-rework), lengkap dengan garisan luar (inking outlines) gaya lama pada model asas. Beberapa watak turut menerima kemas kini kesan visual (VFX), animasi, dan audio untuk disesuaikan dengan keupayaan klasik mereka. Watak yang sudah dimiliki oleh pemain dalam akaun sedia ada boleh digunakan terus, manakala selebihnya boleh dibuka menggunakan Classic Level atau dibeli melalui Shop.

Mod dan Sistem Tahap

Semasa pelancaran, League of Legends Classic hanya menyokong mod PvP draft, mod Co-op vs AI, serta perlawanan custom.

Sistem kemajuan akaun baharu yang dikenali sebagai Classic Levels diperkenalkan secara percuma untuk semua pemain. Melalui sistem tahap ini, pemain boleh mengumpul mata ganjaran seperti Runes, Masteries, IP, BE, dan barangan kosmetik. Apabila mencapai Classic Level 10, pemain akan memulakan sistem kemajuan yang dinamakan ‘Summoner’s Journey’, yang mempunyai kedudukan daripada Salt sehingga Legend.

Untuk memastikan persaingan yang adil sementara pemain menaikkan tahap akaun untuk membuka lebih banyak pilihan, sistem akan menyediakan tetapan Runes dan Masteries asas secara automatik.

Barangan Kosmetik dan Pas Bermusim

Permainan ini turut memperkenalkan Seasonal Classic Passes yang menawarkan laluan ganjaran percuma dan berbayar. Pas ini memberikan ganjaran berbentuk IP, BE, Rune Pages, emotes, tajuk profil, serta Classic Skins dan Portraits.

  • Classic Skins & Chromas: Rupa bentuk ikonik watak dari era 2009 hingga 2013 dikembalikan. Kulit watak ini boleh dibuka menggunakan Classic Skin Tokens yang diperoleh daripada pas atau kedai dalam talian. Beberapa variasi warna (Classic Chromas) turut disediakan.
  • Portraits: Item kosmetik baharu yang memaparkan rekaan alternatif untuk paparan skrin pemuatan, bermula daripada lukisan ringkas sehingga tafsiran semula watak secara kreatif.

Kebanyakan skin watak sedia ada boleh digunakan terus semasa pelancaran. Walau bagaimanapun, item Portraits, Classic Skins, dan Classic Chromas yang baharu ini hanya terhad untuk digunakan dalam mod League of Legends Classic sahaja.

Sistem Undian Komuniti: The Council

Satu sistem penglibatan komuniti yang dinamakan The Council turut dilancarkan bersama mod ini. Melalui fungsi ini, pemain yang aktif boleh mengundi untuk menentukan hala tuju pembangunan masa hadapan, termasuk pemilihan watak seterusnya yang akan dimasukkan, rekaan kosmetik baharu, dan beberapa perubahan gaya main. Kestabilan dan pengimbangan mekanik permainan masih dikawal sepenuhnya oleh pasukan pembangun, namun kuasa undian pemain akan meningkat berdasarkan jumlah masa yang diluangkan dalam permainan bagi mencapai Classic Level yang diperlukan.

Leave a Reply