HoYoverse mengumumkan bahawa kemas kini Versi 4.4 untuk permainan Honkai: Star Rail dengan judul “In Ravages Does the Whistle Sound” akan dilancarkan secara rasmi pada 15 Julai ini. Kemas kini ini bakal membawakan fasa kedua serta bab khas bagi kolaborasi bersama Fate/stay night [Unlimited Blade Works] yang dijadualkan bermula pada 24 Julai.

Melalui kolaborasi ini, jalan cerita khas bertajuk “Fate/Star Rail Night” akan diperkenalkan. Rin Tohsaka terdampar di Planarcadia selepas Perang Holy Grail Kelima dan telah menggunakan Holy Grail daripada koleksi Star Rail FEST untuk pulang, yang kemudiannya menyebabkan khazanah milik Gilgamesh bertaburan. Pemain perlu membantu Rin menjejak khazanah tersebut dan merungkai misteri di sebalik “Imagenae: Holy Grail War”.
Bermula 24 Julai sehingga sebelum tamat Versi 4.6, pemain yang log masuk ke dalam permainan boleh menuntut Gilgamesh atau Archer sebagai watak kolaborasi 5-bintang terhad secara percuma, bersama sebahagian bahan naik taraf watak berkenaan. Watak serta Light Cone kolaborasi ini akan tersedia untuk jangka masa panjang. Pemain yang membelanjakan sebanyak 200 Star Rail Special Passes dalam Versi 4.4 juga boleh memilih dan menuntut salah satu Light Cone 5-bintang terhad, sama ada “I Am As You Behold” atau “The Hell Where Ideals Burn”.

Dua watak kolaborasi baharu yang boleh dimainkan secara berasingan ialah Rin Tohsaka dan Gilgamesh. Rin Tohsaka merupakan watak 5-bintang elemen Quantum yang mengikuti Path of Erudition. Dia menggunakan permata dalam pertempuran dengan mengumpul “Gem Energy” untuk menghasilkan serangan DMG tambahan rawak. CRIT DMG Rin juga akan meningkat apabila rakan sepasukan menggunakan atau memulihkan Skill Points. Sementara itu, Gilgamesh adalah watak 5-bintang elemen Lightning yang mengikuti Path of Destruction. Setiap kali rakan sepasukan bertindak, Gilgamesh akan mengumpul “Interest”, memulihkan tenaga, dan meningkatkan DMG untuk Ultimate miliknya. Apabila “Interest” mencukupi, dia akan melancarkan Gate of Babylon, manakala serangan Ultimate miliknya menggunakan Enuma Elish untuk memberikan DMG besar kepada semua musuh.

Kemas kini jalan cerita utama akan menyaksikan pemain berhadapan dengan Lord Ravager Asat Pramad yang telah mendedahkan identiti sebenarnya serta mengancam keselamatan Planarcadia. Selepas kehilangan Himeko dalam pertempuran sebelum ini, pemain perlu menjejak petunjuk yang ditinggalkan untuk mencarinya dan berhadapan dengan Asat Pramad.
Dalam pertempuran penentu ini, Himeko akan muncul dalam bentuk baharu iaitu Himeko • Nova, watak 5-bintang elemen Fire yang mengikuti Path of Erudition. Sepanjang Versi 4.4, banner untuk watak ini akan tersedia. Himeko • Nova mempunyai kebolehan memanggil mekanik gergasi “Starblazer” apabila mengaktifkan Territory atau menggunakan Ultimate. Ketika Territory aktif, rakan sepasukan mendapat Assist Skill untuk memanggil “Starblazer”, dan kesan khas tambahan akan diberikan jika rakan sepasukan merupakan kru Astral Express. Semasa penerokaan dunia terbuka, Technique miliknya membolehkan pemain mengawal mekanik tersebut untuk menyerang musuh dari udara.

Beberapa watak 5-bintang terhad akan kembali melalui Banner Warp yang dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama membawakan Sparxie, Dan Heng • Permansor Terrae, dan Evernight. Fasa kedua pula menawarkan Cerydra, Anaxa, dan Aventurine. Pakaian baharu untuk Sparxie bernama “Candy-Coated Waves” juga akan dilancarkan. Selain itu, kandungan baharu lain termasuk haiwan peliharaan “Pentaflavor Emoti” serta fesyen Trailblaze “Fan-Made Lygus”.
Pemain akan menerima ganjaran 10 pull percuma dengan hanya log masuk sebaik sahaja versi baharu ini bermula. Acara masa terhad baharu “Antigraft Brickbuster” memerlukan pemain menyiasat isu rasuah IPC bagi pihak Aventurine dengan menyusun blok data. Mod permainan kekal “Currency Wars: Zero-Sum Game” turut akan dikemas kini bersama beberapa penambah-baikkan sistem.
Honkai: Star Rail sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, PC, iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.


