Filem animasi The Angry Birds Movie 3 dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 31 Disember ini. Treler rasmi yang diterbitkan oleh Paramount Pictures dan United International Pictures Malaysia memperlihatkan peralihan jalan cerita yang kini memfokuskan kepada cabaran keibubapaan.

Dalam filem ketiga ini, watak utama Red memikul tanggungjawab baharu sebagai seorang bapa sepenuh masa. Dia berdepan dengan realiti kesukaran menjaga anak perempuannya, dari masalah menukar lampin sehinggalah menangani tingkah laku bayi yang luar biasa. Bagi mengawal situasi tersebut, Red terpaksa mendapatkan bantuan daripada rakan-rakannya, Chuck dan Bomb, yang membawa kepada lebih banyak kekacauan di dalam rumah.

Filem terbitan Paramount Pictures ini menampilkan gabungan pelakon suara seperti Jason Sudeikis, Josh Gad, Danny McBride, Emma Myers, Rachel Bloom, Walker Scobell, serta penampilan personaliti YouTube, MrBeast.

Leave a Reply