Bandai Namco mengumumkan bahawa permainan video MY HERO ACADEMIA: All’s Justice akan dilancarkan untuk konsol Nintendo Switch 2 pada 3 September 2026. Sebelum ini, judul bergenre Action dan 3D arena fighter tersebut telah pun menemui peminat di platform PlayStation 5, Xbox Series dan PC pada bulan Februari lepas.
Pengumuman ini turut disertai dengan pelancaran treler baharu yang mempamerkan kandungan minigames, termasuk kolaborasi khas bersama PAC-MAN. Bagi versi Nintendo Switch 2, pemain akan menerima ciri eksklusif pertempuran dalam talian “GameChat” yang boleh diakses melalui fungsi “GameShare”.
Dari segi kandungan, MY HERO ACADEMIA: All’s Justice membawakan mod penceritaan yang membolehkan pemain menyelami fasa Final War antara Hero dan Villain daripada perspektif baharu. Mod “Team Up Mission” turut disediakan untuk membolehkan pemain membentuk pasukan bersama pelajar Kelas 1-A di dalam peta Virtual Space untuk menyelesaikan pelbagai misi. Selepas menyelesaikan mod tersebut, pemain boleh mengakses mod “Archives Battle” dan “Hero’s Diary”. Permainan ini menyokong mod permainan untuk 1 hingga 2 pemain yang mempamerkan keupayaan Quirk setiap karakter dalam bentuk terbaik mereka.
Pembelian awal bagi permainan ini menawarkan ganjaran berupa akses awal kepada watak Izuku Midoriya Rising dan All For One Chaos, di samping 30,000 Hero Coins untuk kegunaan barangan kosmetik serta minigames. Bagi versi fizikal Nintendo Switch 2, pembeli akan menerima rekaan kulit dalaman khas daripada lakaran bones film “Izuku Midoriya Rising” yang memaparkan Izuku Midoriya dan Shigaraki Tomura. Ilustrasi yang sama juga akan dipaparkan secara rawak pada skrin mula bagi platform PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch 2, dan PC selepas pemain menamatkan mod cerita sepenuhnya.



Permainan ini ditawarkan dalam beberapa pilihan edisi digital. Selain edisi asas, Deluxe Edition menyertakan Season Pass untuk 5 watak tambahan dan ganjaran kad pengumpul “The Worldwide Star Card”. Manakala Ultimate Edition pula dilengkapi dengan semua kandungan Deluxe Edition beserta tambahan 7 HUD Banners Set dan pek kosmetik yang mengandungi 20 kostum.


