Wargaming bakal melancarkan World of Tanks: HEAT, satu permainan free-to-play tactical vehicle shooter secara rasmi pada 26 Mei 2026. Permainan tersendiri ini akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, dan juga PC melalui Wargaming Game Center dan Steam. Ia menyokong fungsi rentas platform sepenuhnya.

Berlatarkan garis masa alternatif pasca Perang Dunia Kedua, judul ini memfokuskan kepada pertempuran berasaskan pasukan yang lebih pantas. Dibangunkan sepenuhnya menggunakan enjin proprietari baharu dari Wargaming, permainan ini memaparkan lapan ejen berbeza yang dibahagikan kepada tiga peranan utama di medan tempur: Defender, Assault, dan Marksman. Setiap ejen mengawal senarai dua kenderaan yang telah disesuaikan dengan peranan tempur masing-masing.
Pada hari pelancaran, pemain akan mempunyai akses kepada 15 buah kenderaan yang menyokong pelbagai gaya permainan dan boleh diubah suai melalui penggunaan modul serta kelengkapan. Aksi pertempuran akan berlangsung di lapan buah peta berbeza yang merangkumi pelbagai biom bagi menyokong empat mod PvP yang ditawarkan, iaitu Hardpoint, Control, Kill Confirmed, dan Conquest.
Pengumuman pelancaran ini turut diiringi dengan sebuah treler sinematik yang diarahkan oleh Ilya Naishuller, pengarah yang sebelum ini mengarahkan filem Hardcore Henry dan Nobody. Video tersebut turut menampilkan muzik daripada bandnya sendiri, Biting Elbows. Pemain kini boleh memasukkan judul ini ke dalam senarai hajat melalui laman web rasmi wotheat.com.


