Acara awam Bonus Level Indonesia 2026 bakal diadakan di Mini Atrium (LG), Gandaria City Mall, Jakarta bermula 22 hingga 24 Mei 2026. Dianjurkan oleh Bandai Namco Entertainment Asia, acara tiga hari ini membuka ruang kepada pengunjung untuk mencuba demo permainan video serta melihat penawaran judul-judul yang akan datang.

Tumpuan utama acara ini adalah peluang untuk bermain demo CAPTAIN TSUBASA 2: WORLD FIGHTERS. Permainan bergenre Sports Action ini menampilkan 22 pasukan kebangsaan berserta lebih 110 watak yang boleh dimainkan, dan dijadualkan untuk pelancaran pada tahun 2026 bagi platform PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Pengunjung juga boleh mencuba judul Fighting Game TEKKEN 8 yang kini sudah berada di pasaran.
Selain sesi demo, acara ini menyediakan aktiviti reruai dan peluang bergambar untuk tiga judul baharu. Antaranya ialah Echoes of Aincrad, sebuah Action RPG yang akan dilancarkan pada 9 Julai 2026 untuk konsol dan 10 Julai 2026 untuk PC. Turut dipamerkan adalah The Blood of Dawnwalker, sebuah Action RPG yang dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5 dan dijadualkan untuk pelancaran pada 3 September 2026, serta judul Flight Shooting ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE yang dijangka tiba pada 2026.

Pengunjung yang menyertai aktiviti di tapak acara berpeluang menerima pelbagai cenderamata terhad seperti beg tote acara, pelapik gelas dan kipas CAPTAIN TSUBASA 2: WORLD FIGHTERS, helaian pelekat Echoes of Aincrad, serta tampalan velcro ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE.
Bagi melengkapkan acara, Bandai Namco turut mengadakan sesi bertemu peminat bersama tetamu jemputan melalui program Teman Main Bandai. Sesi ini membariskan penampilan Erria Eri pada 22 Mei, Eno Bening pada 23 Mei, dan Kitsunee pada 24 Mei.


