Pasukan esukan Perancis, Team Vitality, menewaskan Natus Vincere dengan keputusan 3-0 pada pusingan akhir untuk memenangi kejohanan BLAST Rivals Spring 2026 di Dickies Arena, Fort Worth, Texas. Kemenangan ini menandakan gelaran CS2 kelima yang berjaya dirangkul oleh organisasi tersebut pada musim ini.

Dalam kejohanan yang menghimpunkan lapan pasukan terbaik dengan kumpulan hadiah terkumpul sebanyak $350 ribu itu, pemain Mathieu “ZywOo” Herbaut telah dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP).

Laluan Team Vitality ke pusingan akhir bermula dengan kemenangan 2-1 ke atas FUT Esports pada perlawanan pembukaan. Pasukan itu kemudiannya menewaskan G2 menerusi satu lagi keputusan 2-1 pada perlawanan pemenang peringkat kumpulan, sebelum menumpaskan GamerLegion 2-0 pada peringkat separuh akhir.

Bertemu dengan NAVI, mereka terlebih dahulu dikejutkan selepas ketinggalan 11-0 di pusingan pertama tetapi berjaya bangkit bukan sahaja untuk membawa ke perlawanan masa tambahan, tetapi mendominasi masa tambahan dan menang dengan skor 16-12. Pusingan kedua, memperlihatkan persaingan sengit, tetapi seperti pusingan pertama, NAVI tidak berjaya untuk mencari penamat. Di pusingan ketiga, Team Vitality mendominasi dan menang mudah dengan skor 12-3.

Kejayaan di Texas ini menyusul sejurus selepas Team Vitality melakar sejarah sebagai organisasi pertama yang memenangi dua gelaran ESL Grand Slam secara berturut-turut, berikutan kemenangan mereka di kejohanan IEM Rio pada bulan lalu.

Sebagai persediaan seterusnya, pasukan itu dijadualkan untuk bertanding di IEM Atlanta sebelum beraksi di kejohanan IEM Cologne Major pada bulan Jun hadapan.

Gambar: Blast Rivals

Leave a Reply