Minggu pertama untuk leg kedua bagi Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang diteruskan lagi dengan hari kedua yang memperlihatkan tiga pasukan yang ingin menamatkan rentetan kekalahan mereka iaitu Team Vamos yang bertemu dengan Bigetron MY, Team Flash bertemu dengan Team Rey manakala RRQ Tora perlu mendaki gunung bertemu dengan Selangor Red Giants.

Berikut merupakan keputusan perlawanan-perlawanan untuk Minggu 5, Hari 2 –

Bigetron MY Terus Cemerlang, Team Vamos Terus Kempunan (2-0)

Selepas kekalahan mereka bertemu dengan Team Rey semalam, Team Vamos sudah semestinya ingin terus bangkit, manakala Bigetron MY bukan sahaja ingin teruskan momentum kemenangan, mereka juga diperkuatkan lagi dengan dua pemain baharu veteran MPL Malaysia, Chibii dan juga Lynchh yang dipinjam dari Bigetron Indonesia. Bigetron bermain dengan sangat cemerlang, walaupun memiliki dua pemain baharu akan tetapi mereka terus bermain seperti sudah lama berlatih bersama untuk membantu mereka mendapat kemenangan bersih.

Team Rey Meneruskan Kesakitan Team Flash (2-0)

Walaupun dengan jurulatih baharu, Team Flash masih lagi mempunyai masalah untuk bermain bersama. Mereka buat masa ini tidak mempunyai strategi yang baik untuk bermain permainan mereka, kelemahan ini terus digunakan oleh Team Rey untuk terus bermain dengan sangat cemerlang walaupun dengan mereka mencuba Zay La Nina di dalam lima pemain utama menggantikan Martzy. Kemenangan ini memberikan Team Rey enam kemenangan berturut-turut.

SRG Masih Terlalu Kuat Untuk RRQ Tora (2-0)

Melengkapi keputusan 2-0 untuk kesemua perlawanan hari ini adalah Selangor Red Giants yang tidak mempunyai masalah untuk meneruskan derita RRQ Tora. SRG tidak mengambil masa yang lama semasa pusingan pertama, apabila memenangi dalam masa 13 minit sahaja, pusingan kedua RRQ Tora memberi sediki tentangan tetapi akhirnya tidak mampu untuk menyekat kemaraan, dengan Yums mendapat MVP bagi perlawanan hari ini.

Bagi perlawanan esok, Team Rey dan juga SRG ingin meneruskan dominasi kemenangan mereka dengan masing-masin bertemu AC Esports dan juga Invictus Gaming, dua pasukan yang juga ingin memastikan kemenangan mereka dapat diteruskan.

Gambar: Moonton

Leave a Reply