Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang kini sudah mengakhiri bahagian pertama (first leg) untuk peringkat liga, dengan pasukan-pasukan akan bertemu semula pada minggu hadapan untuk meneruskan peringkat ini. Seperti minggu-minggu lepas, terdapat banyak pergerakan bagi Power Ranking, terutama pada minggu ini, yang memperlihatkan pasukan yang kelihatan kurang persaingan membuktikan yang musim mereka baru sahaja bermula, terdapat juga pasukan yang cemerlang di minggu awal, tetapi sukar untuk mendapat rentak kemenangan semula.

Berikut merupakan kedudukan Power Ranking selepas kesemua perlawanan di minggu keempat, dan menjadi Power Ranking pertama sebelum bermulannya second leg.

1. Selangor Red Giants (SRG) | Rekod: 7-0

Memegang kedudukan ini untuk empat minggu berturut-turut, SRG membuktikan yang mereka merupakan pasukan yang tiada saingannya. Walaupun dengan penambahan pemain baharu Unii yang bergilir-gilir mengambil posisi Jungler pasukan tidak mengubah dominasi mereka. Pada minggu ini, mereka mudah menepis cabaran AC Esports, sebelum menerima tentangan yang hebat oleh Invictus Gaming tetapi disiplin dan juga pengalaman mereka memastikan mereka membawa rekod bersih ke second leg.

2. Team Rey | Rekod: 5-2

Selepas mendapat dua kekalahan pada minggu pertama, Team Rey membuktikan yang mereka pasukan untuk dikalahkan dengan memenangi kesemua perlawanan untuk tiga minggu berturut-turut. Minggu ini lawan mereka adalah Team Vamos yang berjaya dikalahkan dengan rekod bersih 2-0, manakala AC Esports berjaya untuk memberi saingan yang hebat akan tetapi dengan pertahanan serta percaturan yang lebih kemas memastikan mereka membawa momentum yang baik ke minggu depan.

3. Invictus Gaming (iG) | Rekod: 4-3

Perjalanan iG untuk empat minggu ini sering naik dan turun, akan tetapi sesuatu yang boleh dikatakan untuk mereka adalah mereka sentiasa mempunyai taring yang tajam, tidak semestinya membawa kepada kemenangan akan tetapi bertemu dengan mereka memerlukan pasukan lawan untuk bermain sebaik yang mungkin. Pada minggu keempat ini, mereka memberi cabaran paling sukar kepada SRG walaupun masih lagi tewas, manakala Team Flash tidak mampu untuk mencabar mereka memberikan kemenangan keempat untuk iG.

4. Team Vamos | Rekod: 4-3

Memasuki minggu ini, mereka pasukan kedua di Power Ranking, akan tetapi bertemu dengan Team Rey memperlihatkan kelompongan yang jelas di dalam pasukan yang perlu diperbaiki untuk mereka meneruskan persaingan yang hebat di dalam liga. Mereka berjaya untuk menepis cabaran Bigetron pada awal minggu ini, untuk memastikan mereka tidak ketinggalan jauh dengan kedudukan kedua dan ketiga.

5. Bigetron MY by Vitality | Rekod: 2-5

Penyusunan semula pasukan yang dimulakan pada minggu lepas, membuahkan hasil pada minggu ini, walaupun masih mempunyai kekurangan yang jelas semasa bertemu dengan Team Vamos, walaupun mendapat pusingan pertama, mereka bagaikan hilang arah untuk dua pusingan seterusnya. Mereka kemudian memperlihatkan prestasi yang terbaik pernah ditampilkan apabila mengalahkan RRQ Tora dengan skor 2-0, menjadikan mereka kini lebih disegani berbanding pasukan senegara.

6. RRQ Tora | Rekod: 4-3

Mengikut rapat SRG untuk dua minggu awal, RRQ Tora sudah semestinya ingin melupakan dua minggu yang lepas ini apabila mencatat tiga kekalahan dengan skor 2-0, termasuk juga kekalahan mengejut bertemu dengan Bigetron MY yang membuatkan mereka kelihatan satu pasukan yang tidak lagi ditakutkan berbanding bagaimana mereka bermula. Dengan mereka mulakan second leg bertemu SRG, kejatuhan mereka mungkin perlu dilalui untuk satu minggu lagi.

7. AC Esports | Rekod: 1-6

AC Esports yang masih lagi membina pasukan memperlihatkan dua bahagian yang berbeza pada minggu ini, mereka tidak langsung berjaya untuk mencabar SRG, tetapi memperlihatkan gaya permainan yang lebih baik dan agresif bertemu dengan Team Rey, akan tetapi mungkin kerana chemistry dan juga membuat keputusan di dalam permainan masih tidak sebaik yang sepatunya, mereka terus menerima kekalahan untuk kedua-dua pusingan pada minggu ini, namun sekurang-kurangnya mereka sudah mempunyai barisan pemain yang sudah bersedia untuk mencabar.

8. Team Flash | Rekod: 1-6

Mereka bukan sahaja menerima kekalahan tambahan pada minggu ini, akan tetapi turut membariskan barisan pemain yang berlainan, menjadikan tanda tanya jika mereka sudah mempunyai barisan pemain yang akhir untuk menghadapi second leg minggu hadapan. Kekurangan keserasian di antara pemain jelas diperlihatkan semasa bertemu Invictus Gaming, dengan mereka bermula dengan baik akan tetapi apabila dicabar, mereka terus hilang arah dan tidak mampu untuk meneruskan momentum. Sukar untuk melihat jika musim mereka masih boleh diselamatkan.

Gambar: Moonton

Leave a Reply