Hari terakhir untuk minggu terakhir bagi bahagian pertama musim ini berlangsung dengan memperlihatkan dua pasukan yang kian meningkat kualiti permainan mereka. Team Rey masih bersemangat selepas mengalahkan Team Vamos sebelum ini, manakala Invictus Gaming walaupun tewas kepada Selangor Red Giants akan tetapi mereka memperlihatkan daya saing yang hebat. Mereka bertemu dengan dua pasukan yang menduduki tangga bawah iaitu AC Esports dan Team Flash.

Berikut adalah keputusan untuk hari ini:

Team Rey Kukuhkan Kedudukan Di Tempat Kedua Dengan Kalahkan AC Esports (2-1)

AC Esports terlebih dahulu memperlihatkan peningkatan kualiti mereka apabila mendapat kemenangan pertama, akan tetapi Team Rey berjaya untuk mengukuhkan semula sesi permainan mereka untuk membawa ke pusingan penentuan. Di pusingan ketiga, AC Esports kelihatan mendominasi dengan mendapat kills dan juga objektif, pemain Gold Lane mereka Aeronnshiki juga hampir untuk menamatkan perlawanan secara mengejut akan tetapi Team Rey berjaya mematahkan serangan backdoor tersebut sebelum mendapat momentum untuk memenangi dengan skor 2-1.

Invictus Gaming Terus Buat Team Flash Kecewa (2-0)

Team Flash memperlihatkan sedikit daya saing mereka, akan tetapi dengan barisan pemain sekali lagi bertukar mereka tidak dapat bersaing apabila di dalam keadaan sukar. Invicust Gaming walaupun ditekan pada awal pusingan akan tetapi keserasian mereka jauh lebih terserlah apabila bukan sahaja berjaya untuk bertahan akan tetapi turut melakukan serangan balas yang sangat berbahaya. Kemenangan ini sudah semestinya memberi semangat yang baik untuk mereka bawa ke bahagian yang seterusnya.

Maka berakhirlah minggu dan juga hari terakhir untuk bahagian pertama bagi musim ini dengan pasukan SRG terus gah berada di atas, manakala kedudukan kedua buat masa ini diungguli oleh Team Rey, manakala Team Vamos, Invictus Gaming dan juga RRQ Tora sudah semestinya ingin memperkemaskan lagi permainan mereka agar dapat memberi saingan yang lebih kepada Team Rey dan juga SRG. Manakala pasukan AC Esports dan Team Flash perlu mencari penyelesaian yang segera sebelum musim ini benar-benar berakhir untuk mereka.

Leave a Reply