Hari terakhir untuk minggu ketiga bagi Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang memperlihatkan tiga pasukan yang ingin kekalkan rentak kemenangan, Team Rey bertemu dengan Invictus Gaming dengan kedua-dua pasukan cemerlang semalam dengan kemenangan 2-0. Satu lagi pasukan yang memperoleh kemenangan bersih minggu ini iaitu Team Vamos bertemu dengan Team Flash yang masih mencari kemenangan selepas empat kekalahan berturut-turut.
Berikut adalah keputusan untuk minggu terakhir minggu ini:
Team Rey Teruskan Momentum Dengan Invictus Gaming Menjadi Mangsa (2-1)

Di antara dua pasukan yang dalam momentum kemenangan, Team Rey berjaya untuk mendapat kemenangan yang penting mengatasi Invictus Gaming. Perlawanan ini bermula dengan iG terlebih dahulu memenangi pusingan, selepas satu pesaingan sengit yang mengambil 22 minit. Namun, Team Rey berjaya menyamakan kedudukan dengan mendominasi pusingan kedua. Pusingan penentuan kembali mengambil masa yang lama, menghampiri 30 minit akan tetapi ia lebih kepada Team Rey tidak berjaya untuk menamatkan pusingan dengan lebih cepat kerana sepanjang perlawanan Invictus Gaming sekadar bertahan tetapi tidak boleh melakukan serangan balas.
Team Vamos Terus Kecewakan Team Flash (2-0)

Perjumpaan pertama kali Xorn yang menyertai Team Flash daripada Team Vamos, bukan satu perjumpaan yang menggembirakan, apabila Team Vamos memberikan kekalahan kelima berturut-turut untuk Team Flash, manakala Team Vamos pula mendapat kemenangan ketiga berturut-turut, tidak cukup dengan itu mereka juga mendapat satu lagi kemenangan bergaya 2-0. Kedua-dua pusingan memperlihatkan dominasi dengan mendapat kebanyakan objektif dan memenangi dalam masa kurang daripada 15 minit termasuk juga pusingan kedua, Team Flash tidak mendapat sebarang kill.
Berakhirnya perlawanan hari ini, membawa dua pasukan baharu yang akan mencabar RRQ Tora untuk merebut tempat kedua di belakang Selangor Red Giants, dan menyertai Invictus Gaming iaitu Team Vamos dan Team Rey, ketiga-tiga pasukan kini mempunyai rekod 3-2, manakala RRQ Tora masih di tempat kedua dengan kelebihan satu permainan dengan rekod 4-2. Manakala SRG menjadi satu-satunya pasukan yang masih dengan rekod bersih.
Gambar: Moonton


