Minggu ketiga untuk Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang diteruskan dengan hari kedua yang memperlihatkan pertembungan dua pasukan teratas liga iaitu Selangor Red Giants dan juga RRQ Tora, selain itu Team Rey bertemu dengan Bigetron MY by Vitality yang menerima nafas baharu selepas memenangi perlawanan pertama mereka semalam, manakala AeronnShikii membuat debutnya bersama AC Esports bertemu dengan Invictus Gaming.

Berikut keputusan-keputusan bagi hari ini:

Team Rey Hantar Bigetron MY Kembali Ke Lembah Kekalahan (2-0)

Semangat baharu untuk Bigetron MY tidak bertahan lama apabila Team Rey yang turut memiliki momentum kemenangan berjaya untuk menyekat kemaraan mereka apabila bermain dengan cemerlang. Team Rey kelihatan jauh lebih bersama di dalam permainan di pusingan pertama dan berjaya menang dalam masa yang singkat. Bigetron memperlihatkan kebangkitan pada pusingan kedua, tetapi selepas dua kali berturut-turut tidak berjaya mendapatkan Lord, pertahanan mereka menjadi kucar kacir, dengan pemain Gold Lane mereka, CikuGais mengatakan yang mereka masih mempunyai masalah untuk late game, sesuatu yang perlu diperbaiki dengan segera.

Invictus Gaming Kecewakan Debutan AeronnShikii (2-0)

Permulaan AeronnShikii sebagai goldlaner baharu untuk untuk AC Esports bermula dengan langkah kiri apabila Invictus Gaming kelihatan sangat sukar untuk ditembusi. iG tidak memerlukan masa yang lama untuk mengelahkan AC yang kelihatan masih kurang keserasian di dalam membuat keputusan di dalam perlawanan. Kedua-dua pusingan diakhiri dengan masa kurang 15 minit dengan Hazle benar-benar menyukarkan pertahanan AC sehinggakan mereka tidak mampu untuk melakukan serangan balas.

Selangor Red Giants Beri Kekalahan Kedua Untuk RRQ Tora (2-0)

Selepas kekalahan mengejut menentang Team Vamos semalam, RRQ Tora sekali lagi menerima kekalahan kali ini menentang juara bertahan MPL Malaysia, Selangor Red Giants. Walaupun tewas 2-0, akan tetapi percubaan RRQ Tora boleh dipuji kerana mereka tidak memberikan satu perlawanan yang mudah untuk SRG, akan tetapi pengalaman SRG terserlah di dalam perlawanan ini yang membantu untuk mereka terus kekal berdisiplin di dalam melakukan pertahanan sebelum melakukan serangan balas yang sangat berkesan, untuk terus kekal sebagai satu-satunya pasukan tanpa kalah.

Dengan keputusan hari ini, Bigetron dan juga AC Esports perlu dengan segera mencari penyelesaian untuk masalah mereka, walaupun masih terdapat sekurang-kurangnya tujuh perlawanan akan tetapi slot ke Playoff mungkin boleh hilang sebelum mereka menyedarinya. Bagi RRQ Tora pula, walaupun tewas, tetapi dengan mereka akan bertemu Bigetron bagi perlawanan terakhir untuk pusingan pertama, dan jika menang akan mengakhir pusingan ini dengan skor 5-2, satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Gambar: Moonton

Leave a Reply