One Piece, manga oleh Eiichiro Oda telah mencatat satu rekod baharu apabila diumumkan yang manga tersebut diedarkan sebanyak 600 juta salinan. Pengumuman ini dilakukan melalui komik Shonen Jump yang dikongsi oleh Shonen Jump News di X.

Ia juga rekod yang sama untuk komik Superman keluaran DC Comics tetapi apa yang menjadikan pencapaian One Piece sangat menakjubkan adalah Superman diterbitkan sejak tahun 1938 dan mempunyai lebih 18 ribu jilid. Manakala One Piece bermula pada tahun 1997 dan mempunyai 113 jilid sahaja. Namun, rekod yang dicatatkan oleh Superman tersebut sudah tidak dikemaskini oleh itu, tidak pasti jumlah yang tepat untuknya.

Selain itu, turut diumumkan yang untuk 58 jilid berturut-turut pengeluaran pertama jilid tersebut diedarkan melebihi 3 juta salinan. Mengekalkan One Piece sebagai manga paling popular dan tiada tandingan walaupun sudah hampir 30 tahun bertapak.

Leave a Reply