MuslimPro merupakan salah satu aplikasi gaya hidup muslim yang popular, mempunyai lebih 1 juta pengguna aktif di Malaysia. Selain pelbagai ciri memfokuskan bantuan dalam beribadah, MuslimPro turut sedia menambah tab video hasil integrasi Qalbox.

Hari ini, pihak MuslimPro berkongsi mengatakan mereka telah mula menambah kandungan drama mikro pada aplikasi mereka. Kandungan ini berkonsepkan mendidik dan membawa nilai murni, tetapi mengambil pendekatan berasaskan permintaan ramai, iaitu berdurasi pendek dan mikro.

Buat masa ini, dua drama mikro ditawarkan melalui MuslimPro, dan bergerak kehadapan, berkemungkinan sekiranya permintaan tinggi, lebih banyak akan ditambah pada masa akan datang.

Leave a Reply