Skip to main content

Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsi-kan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.

Andor (Musim 2)

Platform: Disney+ Hotstar

Cassian Andor kembali untuk musim kedua yang juga akan menjadi musim terakhir sebelum kisah siri ini disambungkan melalui filem Rogue One: A Star Wars Story, ia meneruskan lagi penceritaan untuk Cassian yang sekarang terlibat dengan puak penentang tetapi pada masa yang sama, dia juga masih lagi keliru dengan peranannya di dalam perjuangan tersebut.

Baca: Ulasan Andor (Musim 2)

You (Musim 5)

Platform: Netflix

Musim kelima dan juga terakhir mengenai Joe Goldberg lakonan Penn Badgley yang kembali menetap di New York City, akan tetapi kisah silamnnya menghantuinya dan menghalangnya daripada memulakan kehidupan baharu. Musim ini menggandingkan dua showrunner baru Michael Foley dan Justin W. Lo menggantikan Sera Gamble yang meninggalkan siri ini.

Ash

Platform: Prime Video

Filem cereka sains seram ini memfokuskan kepada Riya lakonan Eiza Gonzalez yang sedang berada di satu stesen angkasa, apabila dia tersedar dia dapati sudah kehilangan ingatan dan kesemua krew di stesen itu juga telah terbunuh. Apabila Brion lakonan Aaron Paul datang ke stesen tersebut dan mengatakan yang dia dihantar untuk menyelamatkan mereka, Riya tidak pasti jika dapat mempercayainya.

Sons of Ecstasy

Platform: Max

Filem dokumentari mengenai peperangan di antara Shaun Attwood iaitu seorang pakar saham dan Gerard Gravano mengenai pengedaran ekstasi di Arizona pada tahun 1990an. Penceritaan ini buat pertama kali turut melibatkan penceritaan daripada pihak Gravano dan memperlihatkan sesuatu yang tidak diperlihatkan mengenai perkara ini.

Novocaine

Platform: Apple TV/Google TV (Beli)

Nathan Caine merupakan seorang yang hidup dengan penuh berhati-hati kerana dia mempunyai satu penyakit saraf yang membuatkannya tidak dapat merasa jika badannya tercedera – termasuk juga tidak memakan makanan pepejal kerana takut dia mungkin tergigit lidahnya. Namun, selepas rakan sekerjanya diculik oleh sekumpulan perompak, dia bertekad untuk menyelamatkannya termasuk juga melawan dengan perompak-perompak yang berbahaya.

Baca: Ulasan Novocaine

Leave a Reply