Skip to main content

Wizards of the Coast telah melancarkan penambahan terbaru untuk Magic: The Gathering iaitu Tarkir: Dragonstorm yang membawa pemain kembali ke Tarkir yang sedang menghadapi peperangan di antara naga dan juga puak-puak disini. Penambahan ini menyertakan beberapa mekanik baharu seperti Dragonstroms, Omen, dan juga beberapa mekanik yang khusus untuk puak-puak tertentu.

Baca: Magic: The Gathering Tarkir: Dragonstorm Kini Dilancarkan

Antara produk yang dilancarkan untuk penambahan ini adalah produk Play Booster, Collector Boosters, Commander Decks (1 commander untuk setiap Puak), Prerelease Packs yang juga dibahagikan mengikut puak dan Bundles. Wizards telah memberi kami peluang untuk membuka beberapa produk ini seperti berikut:

Prerelease

Jika anda mengunjungi kedai atau pengedar rasmi MTG, mereka akan menganjurkan acara pra-pelancaran dan setiap yang mengunjungi akan mendapatkan pek Prerelease, begitu juga dengan penambahan ini. Menariknya, kali ini ia ditawarkan dengan lima pek berbeza mengikut lima puak yang ada iaitu Abzan, Jeskai, Sultai, Mardu dan Temur.

Kami diberikan pek untuk Temur dan juga Sultai.

Seperti pek Prerelease sebelum ini, anda akan mendapat 6 pek Booster, akan tetapi perbezaan untuk penambahan ini, bersama dengan 5 Play Booster, pemain juga mendapat 1 pek Prerelease Booster yang mempunyai tema mengikut puak. Selain itu, setiap pek juga akan memberikan dadu nyawa mengikut tema setiap puak, boleh menjadi sebab untuk mengumpul kelima-lima prerelease.

Menggunakan Prerelease Booster ini bersama dengan kad-kad yang diperoleh daripada lima Play Booster, dek 40 kad boleh dibentuk mengikut tema berbeza untuk setiap puak dan dapat mencuba dengan segera kad-kad yang ada di dalam penambahan ini untuk melawan dengan pemain lain.

Bundle

Seterusnya adalah Bundle, ia merupakan produk yang baik bagi pemain yang ingin mengumpul kad-kad daripada penambahan ini, akan tetapi tidak ingin berbelanja terlalu mahal untuk membeli produk seperti Play Booster. Berikut merupakan kandungan untuk Bundle:

  • 9 Play Boosters
  • 40 Lands
  • Aksesori (Dadu dan kotak)

Melalui produk ini, anda akan mendapat 9 Play Booster untuk dibuka dan berharap untuk mendapatkan kad-kad menarik, ia boleh dijadikan sebagai koleksi kemudian ataupun disertakan di dalam dek-dek sedia anda. Kami menyukai Bundle kerana ia juga hadir dengan satu kotak yang boleh digunakan untuk menyimpan kad-kad yang didapati melalui Play Booster.

Bundle ditawarkan dengan harga RM240.99

Commander Deck

Penambahan ini mempunyai lima Commander Deck yang memfokuskan setiap puak, setiapnya menggunakan tiga warna. Dek yang kami peroleh adalah Sultai Arisen iaitu puak Sultai dengan warna Black, Green dan Blue. Dua Commander yang boleh digunakan adalah dua Mythic Spirit Dragon iaitu Teval atau Kotis.

Bagi Sultai Arisen ini, ia memfokuskan kepada membuang kad ke graveyard dan mendapat kad-kad tertentu kembali, contohnya Teval sebagai Commander ia mempunyai mekanik apabila melakukan serangan tiga kad akan dibuang ke graveyards dan dapat mengambil satu Land daripada graveyard. Ini dapat membantu untuk sentiasa mempunyai mana yang mencukupi.

Tambahan itu, setiap kali kad meninggalkan graveyard, dan dek ini mempunyai banyak kad untuk melakukannya, pemain akan mendapat 2/2 token Zombie Druid untuk menambah lagi serangan ataupun pertahanan yang boleh dilakukan. Berbanding dengan dek-dek lain, kami boleh katakan yang Sultai Arisen merupakan Commander Deck terbaik yang boleh didapatkan di dalam penambahan ini.

Setiap Commander Deck ditawarkan dengan RM216.99 setiap satu, ataupun dengan harga RM1,034.99 untuk mendapatkan kelima-lima dek.

Play Boosters

Produk terbaik dan juga tercepat jika anda ingin mendapatkan kad-kad menarik daripada penambahan ini sudah semestinya Play Boosters. Setiap Play Boosters mengandungi 30 Play Boosters dan setiap satunya mempunyai 14 kad bersama dengan 1 token ataupun satu kad Art. Setiap Booster ini juga akan mengandungi satu hingga empat kad Rare ataupun Mythic.

Selain membuka untuk mengumpul, Play Booster seperti yang kita ketahui juga boleh dibuka untuk dimainkan sebagai format Draft dan Sealed. Memberi peluang untuk pemain mencuba kad-kad daripada penambahan ini dengan lebih cepat sebelum memilih kad-kad menarik untuk dimasukkan ke dalam dek-dek sedia ada dan juga dek baharu yang ingin dibina.

Play Booster boleh didapatkan dengan harga RM732.99.

Anda boleh dapatkan produk-produk ini melalui pengedar rasmi Magic: The Gathering yang boleh dicari melalui laman ini.

Leave a Reply