Penambahan terbaru untuk Magic: The Gathering iaitu Tarkir: Dragonstorm dilancarkan secara rasmi hari ini, 11 April 2025. Penambahan ini membawa pemain kembali ke dunia Tarkir di mana naga sedang bertempur untuk perebutan kuasa dan kelangsungan hidup.
Tarkir pada waktu ini sedang dilanda ‘dragonstorms’ iaitu kemunculan naga-naga liar dengan jumlah yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Antaranya ialah Spirit Dragons yang berkuasa dan melawa dengan naga-naga lain di dalam perebutan kawasan. Narset dan Elspeth sedang berusaha untuk menamatkan dragonstorms ini manakala Sarkhan Vol ingin menghalang mereka. Manakala, Jace pula sedang mencari sesuatu di Meditation Realm yang boleh mengancang multiverse.



Mekanik Baharu
Penambahan ini membawa dua mekanik baharu untuk dijadikan strategi tambahan bagi permainan. Dua mekanik tersebut adalah:
- Dragonstorms – kad Enchantment yang selepas digunakan boleh kembali ke tangan jika pemain meletakkan kad Dragon.
- Omen – subjenis kad yang baharu, pemain boleh memilih untuk melakukan spell kecil dan kad akan dimasukkan semula ke dalam dek ataupun digunakan sebagai kad Dragon.


Tarkir: Dragonstorm juga memperkenalkan semula lima puak Tarkir, dengan setiap daripada puak ini mempunyai gaya permainan yang tersendiri. Setiap puak juga mempunyai keyword tersendiri seperti berikut:
- Abzan (White, Black, Green) | Endure – Jika pemain menggunakan kad yang mempunyai Endure, pemain boleh menambah N +1/+1 Counter atau menghasilkan N/N token Spirit
- Jeskai (Blue, Red, White) | Flurry – Kad yang mempunyai keyword Flurry akan mempunyai kesan tambahan jika pemain menggunakan kad spell kedua di pusingan sama.
- Sultai (Black, Blue, Green) | Renew – Pemain boleh menggunakan mana untuk membuang kad dengan keyword Renew yang mempunyai kesan tertentu.
- Mardu (Red, White, Black) | Mobilize – Kad yang mempunyai keyword Mobilize apabila melakukan serangan akan menghasilkan penyerang tambahan dengan keyword Menace, kad tersebut akan dibuang selepas peringkat serangan berakhir.
- Temur (Green, Blue, Red) | Harmonize – Kad yang mempunyai keyword Harmonize boleh dipanggil semula daripada graveyard melalui mengikut kos Harmonize, pemain juga boleh tap kad watak yang sedang di kawal sebagai ganti mana.
Rekaan Kad
Antara kad menarik yang boleh didapatkan di dalam penambahan ini adalah Mox Jasper yang mempunyai rekaan Biasa dan Draconic (bingkai mempunyai rekaan naga) yang boleh didapatkan melalui Play Boosters dan Collector Boosters. Selain itu, terdapat juga rekaan yang dihadkan kepada 500 salinan sahaja dengan karya oleh Dan Frazier dan rekaan Retro, ia hanya boleh didapatkan melalui Collector Boosters sahaja.



Draconic merupakan rekaan baharu untuk kad yang mempunyai gaya dengan elemen naga yang unik. Berikut antara rekaan-rekaan menarik.



Selain itu, terdapat juga enam kad Borderless Reversible yang mempunyai karya naga yang ganas ataupun naga dengan rekaan comel.


Magic: The Gathering Tarkir: Dragonstorm dilancarkan dengan produk Play Booster, Collector Boosters, Commander Decks (1 commander untuk setiap Puak), Prerelease Packs yang juga dibahagikan mengikut puak dan Bundles.
Gambar: Wizards of the Coast