Skip to main content

Samsung telah melancarkan SSD terbaru mereka iaitu 9100 PRO iaitu SSD untuk pengguna pertama oleh mereka dengan PCIe 5.0 di Malaysia. SSD ini mempunyai kelajuan menulis dan membaca sehingga 14,800 MB/s dan 13,400 MBs menjadikan ia SSD untuk pengguna terpantas setakat ini.

SSD ini ditawarkan dengan empat pilihan kapasiti iaitu 1TB, 2TB, 4TB dan 8TB. SSD 1TB sehingga 4TB dilengkapi dengan sirip penyejuk 8.8mmT manakala untuk 8TB hadir dengan sirip penyejuk 11.25mmT dan buat pertama kali oleh Samsung menawarkan saiz sebesar ini.

Kesemua SSD ini juga ditawarkan tanpa sirip penyejuk dengan harga seperti berikut:

SiriModel KapasitiHarga
9100 PRO MZ-VAP1T0BW 1TBRM679
MZ-VAP2T0BW 2TBRM1,068
MZ-VAP4T0BW 4TB RM1,989
9100 PRO bersama sirip penyejukMZ-VAP1T0CW 1TB RM745
MZ-VAP2T0CW 2TBRM1,149
MZ-VAP4T0CW 4TB RM2,009

SSD ini boleh didapatkan bermula pada 4 April 2025 melalui kedai dalam talian rasmi Samsung, kedai rasmi Samsung di Lazada dan Shopee dan juga beberapa cawangan terpilih. Bagi kapasiti 8TB ia akan dilancarkan pada bulan Jun tahun ini, harga untuknya juga akan diumumkan kemudian.

Leave a Reply