10Star Cinemas iaitu penyedia pawagam di Sabah bercadang untuk mengembangkan penawaran mereka ke Semenanjung dan Lembah Klang secara khususnya, menurut laporan oleh Berita Harian.
10Star Cinemas menggunakan konsep pawagam komuniti dengan pawagam dibuka di lot kedai berhampiran dengan kawasan perumahan berbanding dengan di pusat beli-belah.

Mereka juga menumpukan kawasan luar bandar yang tiada persaingan ataupun ketiadaan pawagam yang berhampiran.
Mereka pertama kali beroperasi pada tahun 2021 dan kini telah mempunyai 6 cawangan kesemuannya di Sabah, dan telah menjual lebih 500 ribu tiket setakat ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 10Star Cinemas Onn Norshal Hamzah, bagi tahun ini mereka bercadang untuk membuka 5 lagi cawangan iaitu 3 di Lembang Klang dan 2 lagi di Sabah.
Buat masa ini, cawangan 10Star Cinemas berada di Bintang Kubota (Tawau), Bandar Labuk Square (Sandakan), Bandar Tabin Jaya (Sandakan), Bandar Sri Indah (Tawau), Parklane City Benoni (Papar), dan 1 Avenue Commercial Centre (Kota Marudu).
Gambar: 10Star Cinemas


