Misteri mengenai bilakah permainan Metal Gear Solid Delta: Snake Eater akan dilancarkan oleh Konami terungkai pagi ini selepas treler baharu diterbitkan. MGS Delta secara rasminya akan mula dijual pada 28 Ogos 2025. Ini adalah hampir 21 tahun selepas Metal Gear Solid 3 dilancarkan pada 17 November 2004.
Treler baharu yang dilancarkan mempunyai beberapa elemen yang menyerupai treler TGS 2024 cuma tanpa rekaan grafik oleh Kyle Cooper. Sejak permainan olahan semula ini diumumkan oleh Konami, ramai peminat tertanya-tanya mengenai tarikh pelancaran kerana ramai mempunyai pendapat MGS 3 ialah permainan yang terbaik dalam siri ini.
Hideo Kojima walau bagaimanapun tidak terlibat dalam proses olahan semula permainan sejak meninggalkan syarikat pada tahun 2015. Beliau kini membangunkan permainan sendiri menerusi Kojima Productions dengan tiga permainan baharu Death Stranding 2: On The Beach, OD dan Physint kini dalam pembangunan.