Skip to main content

Bersama-sama dengan pengenalan kemaskini antaramuka baharu untuk Durioo, pihak Durioo juga mempelbagaikan lagi kandungan dibawah mereka dan turut menerbitkan dua permainan mudah-alih dibawah mereka.

Permainan ini diterbitkan sebagai aplikasi berasingan di kedai aplikasi, dan turut boleh dimainkan walaupun tidak mempunyai langganan kepada Durioo. Sebanyak dua permainan diterbitkan buat masa ini, iaitu Durioo Fruits Match dan juga Abibi Bubble Shooter.

Selain kedua-dua ini, pihak Durioo turut menyasarkan pengenalan beberapa lagi permainan mudah-alih lain secara berperingkat kepada para pengguna dan pengikut Durioo. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran permainan Durioo melalui tab Games di aplikasi Durioo.

Leave a Reply