Skip to main content

Durioo merupakan salah satu perkhidmatan penstriman yang dibangunkan di Malaysia, memfokuskan khususnya kepada kanak-kanak dan juga kandungan mesra Muslim. Selepas beroperasi sejak beberapa tahun, hari ini akhirnya memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi Durioo, dan menawarkan antaramuka yang lebih mesra pengguna, terutamanya kanak-kanak.

Aplikasi baharu ini boleh digunakan secara menegak, serta dibahagikan kepada beberapa kategori. Antara yang baharu adalah DuDeen yang memfokuskan kepada pengajaran dan menghafal doa dan surah-surah pendek dalam kaedah interaktif. Disamping itu, kini pengguna boleh mengakses DuReels dengan lebih mudah dan mengakses kandungan pendek yang bermanfaat dan untuk pembelajaran pantas.

Tetapan kawalan oleh ibu bapa turut disertakan pada aplikasi Durioo, termasuk dalam mengehadkan masa penggunaan skrin oleh kanak-kanak, mengawal kualiti video, serta mengawal kadar kekerapan video pendek diperlihatkan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi baharu Durioo ini melalui Google Play Store dan Apple AppStore hari ini. Durioo ditawarkan pada harga langganan RM12.90 sebulan.

Leave a Reply