World of Tanks Modern Armor hari ini mengumumkan permulaan acara tahunan terbesar mereka, Winter Fest 2025. Acara ini menjemput para pemain di konsol PlayStation dan Xbox untuk menyertai pelbagai aktiviti musim percutian bermula dari hari ini sehingga 5 Januari 2026.

Winter Fest 2025 mengembangkan dunia musim sejuk permainan ini dengan pelbagai kandungan menarik, termasuk hadiah harian daripada Kalendar Musim Sejuk 2025, tawaran kedai istimewa, ganjaran bermusim, dan dua mod acara bertema.

Sambutan dimulakan dengan kembalinya mod popular, Toy Tanks Mode, di mana dua pasukan yang terdiri daripada sepuluh pemain akan bertempur di bawah pokok Yule dalam perlawanan pantas dengan fungsi respawn. Setiap kereta kebal mainan mempunyai persenjataan tersendiri, termasuk penambahan baharu iaitu kereta kebal “Plow Master” yang dilengkapi dengan bilah khusus untuk melanggar musuh.

Setiap pasukan juga akan dibantu oleh sekutu baharu iaitu sebuah robot mainan gergasi. Robot ini bukan sahaja melancarkan serangan sokongan yang dahsyat, malah akan menjatuhkan mata wang acara khas iaitu Snowballs sekiranya berjaya dimusnahkan. Atas permintaan ramai, mod Toy Tanks ini telah dilanjutkan tempohnya kepada dua minggu.

Bermula pada 23 Disember, acara ini akan beralih kepada The Ice Queen’s Blade, sebuah mod PvE koperasi baharu. Berdasarkan naratif permainan, Ratu Ais yang dipenjarakan oleh Santa telah berjaya menyeru Krampus untuk menakluk peta permainan dengan musim sejuk berterusan. Pemain akan bekerjasama dengan watak baharu, Jack Frost, dalam pasukan sepuluh orang untuk menggunakan portal ciptaan Krampus, membasmi konco-konco musuh, dan akhirnya berdepan dengan Krampus di Frostbite Castle.

Selain mod acara eksklusif, Winter Fest turut menawarkan empat kereta kebal Premium baharu dengan rekaan bertema:

  • Frostwarden: Kereta kebal sederhana Tier X yang pantas dan bergaya rekaan Jack Frost.
  • Dual Battery: Kereta kebal sederhana dengan dwi-meriam yang diinspirasikan oleh Komander Ro-Burt.
  • Moldmaster Mk. 1: Pembinasa kereta kebal inspirasi mainan dengan pelbagai turet dan adaptasi tinggi.
  • Winter Warrior: Kereta kebal sederhana tahan lasak dengan perisai ERA yang kuat untuk menahan tembakan autocannon dan ATGM.

Senarai Komander 3D juga diperluaskan dengan kehadiran Jack Frost, Pfc. PVC, Melty Melvin, dan Ro-Burt. Versi “Ultimate” bagi Jack Frost akan tersedia secara eksklusif dalam Jack Frost War Chests, manakala Komander 3D Krampus kini akan tampil dengan suara latar tersendiri buat kali pertama.

Sepanjang acara Winter Fest berlangsung, pemain boleh menggunakan Snowballsuntuk menebus kereta kebal Premium, Komander 3D, kosmetik, dan kostum percutian.

Word of Tanks Modern Armor sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, dan Xbox One sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply