Netflix hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih Warner Bros, termasuk bahagian studio perfilemen dan siri-TV, HBO Max dan juga HBO. Netflix menyasarkan pengambil-alihan ini bernilai $82.7 bilion, dan dijangka selesai sepenuhnya sekitar suku ketiga 2026 kelak.

Dengan pengambil-alihan ini, ia akan terus mengukuhkan kedudukan Netflix dalam arena siri TV dan perfileman, termasuk dari segi katalog kandungan. Portfolio Netflix juga akan terus meluas, termasuk dengan integrasi seperti DC Universe, Game of Thrones, The Big Bang Theory, Harry Potter dan sebagainya.

Netflix menyasarkan untuk mengekalkan operasi Warner Bros sedia ada, termasuk peluncuran filem di panggung wayang.

Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan penawaran dan sebagainya sebaik sahaja proses pengambil-alihan ini selesai sepenuhnya pada tahun 2026.

Leave a Reply