Labubu sedia menjadi fenomena, dengan ramai yang berebut mendapatkan pelbagai variasi patungnya. Mengikut anggaran, Labubu sahaja dijangka menjadi sebuah perniagaan bernilai lebih $1 bilion pada tahun 2025 ini.

Selain penawaran patung dan aksesori, kini mengikut laporan, Sony Pictures telah mendapatkan hak perfileman untuk watak Labubu berkenaan. Buat masa ini, tiada sebarang perancangan filem yang diumumkan, dan lebih kepada perjanjian untuk hak perfileman bagi watak tersebut sahaja.

Ini sekaligus memperlihatkan Sony mungkin menghasilkan filem atau animasi untuk Labubu dalam beberapa tahun akan datang. Kebelakangan ini, Sony sedia menerajui arena anime, selain turut mengejutkan ramai melalui filem animasi seperti KPop Demon Hunters, dan beberapa yang lain.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah langkah seterusnya untuk siri Labubu ini, sama ada ia akan terus mencuri perhatian ramai, atau akan mula merudum permintaannya dalam tahun-tahun akan datang.

Leave a Reply