PlayStation dan Klook telah mengumumkan Pakej Pelancongan Ghost of Yotei Hokkaido, pakej ini adalah khusus untuk membawa peminat, pemain, dan juga pelancong yang ingin melihat lebih dekat kawasan-kawasan yang digunakan oleh pembangun di Sucker Punch untuk menghasilkan permainan ini.

Pakej ini boleh ditempah bermula sekarang dan akan bermula pada 3 November 2025. Melaluinya peserta akan melawati kawasan-kawasan berikut:

  • Noboribetsu Date Jidai Mura
  • Noboribetsu Jigokudanai (Hell Valley)
  • Lake Toya
  • Mount Yotei

Bersempena dengan pengumuman pakej ini, mereka juga mengumumkan kempen Experience Ghost of Yotei dan berpeluang untuk memenangi Ghost of Yotei Collector’s Edition, perkakasan Ghost of Yotei Limited Edition, baucar Klook. Anda boleh layari laman ini untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini.

Ghost of Yotei akan dilancarkan pada 2 Oktober 2025 dan telah menerima ulasan yang sangat positif termasuk daripada kami sendiri. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut – Ulasan Ghost of Yotei.

Leave a Reply