Plaion telah mengumumkan yang mereka akan menjadi pengedar rasmi versi fizikal untuk permainan Crimson Desert oleh Pearl Abyss. Mereka akan menjadi pengedar secara global dengan Pearl Abyss terus kekal sebagai penerbit.

Crimson Desert merupakan permainan yang dibangunkan oleh Pearly Abyss sebagai permainan MMORPG dan menjadi prekuel untuk Black Desert Online, tetapi pembangunan berubah dan menjadi satu permainan aksi pengembaraan dunia terbuka.

Di dalam permainan ini, pemain akan berada di Pywel dan menjadi Kliff iaitu ketua Greymanes, askar upahan bertukar menjadi penentang untuk melawan ancaman kepada Pywel. Kliff bersama dengan Greymanes perlu mengembara dan melawan penjahat-penjahat berbeza.

Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran untuk permainan ini tetapi dijangka akan tiba sekitar suku pertama tahun hadapan.

Leave a Reply