Stranger Things musim kelima ataupun Stranger Things 5 telah menerima treler acah hari ini dan memperlihatkan cabaran terbesar yang akan dihadapi oleh Eleven dan rakan-rakannya. Musim ini akan menjadi musim terakhir, sekurang-kurangnya untuk kisah ini.
Treler ini juga memperlihatkan watak yang akan dibawa oleh Linda Hamilton.
Musim ini akan menyertakan lapan episod dan akan tiba pada tiga tarikh berbeza. Bahagian pertama akan disiarkan pada 26 November, diikuti dengan bahagian kedua yang akan tiba pada 25 Disember dan bahagian terakhir yang akan tiba pada 31 Disember.
Netflix boleh dilanggan dengan empat pelan iaitu Mobile (RM18.90/sebulan), Basic (RM29.90/sebulan), Standard (RM49.90/sebulan) dan Premium (RM62.90/sebulan).


