Stranger Things 5 akhirnya akan memulakan penggambaran Januari ini. Musim terakhir ini dikatakan tidak sepanjang musim keempat yang mencapai 14 jam kerana sambungan secara terus. Ia turut akan mempunyai pengakhiran The Lord of the Rings: Return of the King, di mana setiap watak akan mempunyai penamat tersendiri.

Terbaru, The Duffer Brothers berkongsi dengan The Guardian yang musim kelima akan mempunyai penamat seakan musim pertama tetapi dengan skala lebih besar. Mereka menyatakan yang kebanyakan watak akan bersama-sama dengan Eleven di Hawkins dengan kisah Eleven, Dustin, Lucas dan Hopper akan tamat dalam musim ini.

Untuk watak lain, ada kisah sampingan yang telah dirancang seperti satu anime. Kisah sampingan ini dikatakan hanya diketahui oleh The Duffer Brothers dan Finn Wolfhard yang memainkan watak Mike Weeler sahaja. Adakah siri sampingan ini mengenai watak dia? Keseluruhan musim ini turut dikatakan mempunyai skala seakan filem Hollywood dengan bajet tinggi. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai Stranger Things.

Baca: Ulasan Stranger Things 4 Bahagian 1 – Makin Seram, Ngeri Dan Panjang

Baca: Ulasan Stranger Thing 4 Episod 8-9 – Empat Jam Yang Memuaskan

Sohor Kini