Ketika acara TUDUM 2023 semalam, Netflix turut mengumumkan sesuatu untuk siri Stranger Things musim kelima. Linda Hamilton (Sarah Connor dalam francais Terminator) akan berlakon dalam siri TV kegemaran ramai ini.
Walau bagaimanapun tiada sebarang informasi tambahan watak apakah yang akan beliau mainkan. Penggambaran dan produksi Stranger Things 5 turut dihentikan seketika kerana mogok penulis. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut dari Netflix di masa akan datang.