Dune: Awakening dilancarkan secara rasmi pada 10 Jun lepas selepas melalui akses bermula pada 5 Jun, selain mendapat ulasan yang baik daripada media dan juga pemain, permainan ini juga mencatat 189 ribu pemain serentak di Steam.

Jumlah tersebut dicatatkan pada 15 Jun lepas, dan sehingga sekarang setiap hari permainan ini masih mencatat melebihi 100 ribu pemain serentak. Dengan rekod sebegini tidak mengejutkan Funcom telah mengumumkan yang ia merupakan permainan terlaris oleh mereka sepanjang zaman.

Dune: Awakening merupakan permainan ketahanan hidup di dalam dunia Dune yang dipopularkan oleh filem oleh Denis Villeneuve berdasarkan buku yang ditulis oleh Frank Herbert.

Leave a Reply