Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.
Stellar Blade
Platform: PC, PlayStation 5
Stellar Blade pada awalnya dilancarkan dengan premis permainan pengembaraan yang menggunakan watak utama yang cantik, tetapi selepas pemain mencubanya, ia sebenarnya satu permainan yang mendalam terutama melalui sistem pertempuran yang boleh dikatakan perantaraan di antara permainan aksi pengembaraan dan permainan soulslike. Sebelum ini dilancarkan untuk PlayStation 5 sahaja, pemain kini juga boleh mencuba permainan ini di PC.
Dune: Awakening
Platform: PC
Dengan dua filem berkait dengan Dune yang diarahkan Denis Villeneuve, dunia Dune telah menarik minat oleh itu permainan yang berdasarkan dunia ini sudah semestinya dinantikan ramai. Melalui permainan ini, ia cuba untuk mendapat perhatian daripada dua kumpulan peminat iaitu yang menyukai dunia Dune dan juga yang menyukai genre permainan ketahanan hidup. Dengan dunia Dune yang sangat ‘kejam’ dengan kekurangan air dan juga cuaca yang panas, ia sudah semestinya premis yang menarik untuk satu permainan di dalam genre ini.
The Alters
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC
Satu lagi permainan ketahanan hidup, dan di dalam permainan ini pemain akan menjadi Jan Dolski yang berada di atas sebuah planet yang tidak sesuai untuk kehidupan tetapi Jan perlu mengembara di planet ini dan mencari cara untuk menyelamatkan diri termasuk juga menghasilkan ‘Alters’ iaitu salinan untuk dirinya sendiri yang juga mempunyai kemahiran tersendiri. Setiap Alter ini juga mempunyai keinginan tersendiri yang perlu diuruskan oleh pemain sambil membina satu tempat untuk diduduki.
MindsEye
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC
Permainan aksi pengembaraan ini dihasilkan oleh Leslie Benzies yang sebelum ini terlibat di dalam menghasilkan siri permainan Grand Theft Auto. Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Jacob Diaz iaitu bekas tentera yang dipasang dengan Mindeye. Menurut pembangun, selain kandungan-kandungan yang tersedia dalam permainan ini, pemain juga boleh menghasilkan kandungan tersendiri menggunakan sistem Everywhere.
Five Night at Freddy’s: Secret of the Mimics
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch, PC
Five NIghts at Freddy’s kembali lagi utnuk permainan ke-11, dan kali ini pemain telah ditugaskan oleh Fazbear Entertainment untuk memasuki bengkel yang ditinggalkan oleh Edwin Murray dan mendapatkan Mimic iaitu endoskeleton yang boleh menjadi apa sahaja bentuk. Permainan ini sudah semestinya juga akan mendedahkan lebih banyak misteri mengenai Edwin Murray, satu watak penting di dalam permainan ini.


