Samsung telah menawarkan dua penawaran monitor mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Odyssey OLED G6 27-inci dan Odssey OLED G9 49-inci dengan harga RM4,999 dan RM6,999 tetapi dengan potongan harga untuk promosi pelancaran dengan RM3,999 dan RM5,999.

Odyssey OLED G6 menggunakan panel OLED dengan saiz 27-inci, resolusi 2560 x 1400, sokongan kadar segar semula sehingga 240Hz dan kadar respon 0.03ms memberikan prestasi terbaik untuk kegunaan bermain permainan video.
Manakal Odyssey OLED G9 pula hadir dengan saiz skrin 49-inci menggunakan panel OLED dan resolusi dwi-QHD (5120 x 1440), kadar segar semula sehingga 144Hz dan kadar respon 0.03ms bagi pemain yang lebih gemar dengan paparan ultra-lebar dan paparan melengkung.
Samsung tidak menyatakan tempoh promosi ini, tetapi jika ingin jimat RM1000, anda boleh melakukan pembelian monitor ini melalui laman Samsung ataupun mana-mana pengedar rasmi.


