Wakil Malaysia iaitu Minbappe di dalam kejohanan FIFAe World Cup 2024 ft. eFootball – Mobile melayakkan diri ke Peringkat Akhir selepas mengalahkan wakil dari India lewat pagi tadi. Beliau akan bertemu dengan AN10_Tienes yang mewakili Morocco.

Sebelum melayakkan diri ke Peringkat Kalah Mati, Minbappe mengungguli Kumpulan B di Peringkat Kumpulan dengan lima kemenangan dan dua seri, Tienes juga berada di kumpulan yang sama di mana Minbappe berjaya mencatat kemenangan.

Di Peringkat Kalah Mati, sebelum India, Minbappe mengalahkan wakil dari Jepun, manakala Tienes mengalahkan wakil dari Thailand dan Korea Selatan.

Selain eFootball Mobile, Malaysia juga mempunyai wakil untuk konsol yang diwakili oleh JDT_Haikal, WPS Hariz, dan WPS Akeem akan tetapi mereka tewas di Peringkat Kalah Mati kepada Turkiye.

Perlawanan di antara Minbappe dan Tienes akan berlangsung pada 8.30 malam hari ini. Ayuh beri sokongan anda untuk wakil Malaysia.

Leave a Reply