Realme hari ini telah mengumumkan pelancaran untuk dua telefon pintar kelas pertengahan mereka iaitu Realme 13 dan Realme 13+ yang menjanjikan pengalaman bermain permainan mudah alih terbaik dengan harga jualan yang berpatutan.

Realme 13+ dikuasakan dengan cip pemprosesan Dimensity 7300, dengan skrin bersaiz 6.67-inci, panel AMOLED dengan resolusi 20:9 atau 1080 x 2400 yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Kapasiti bateri adalah 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas sehingga 80W secara berwayar.

Realme 13+ ditawarkan dengan dua pilihan storan iaitu 256GB dengan harga RM1,399 dan 512GB dengan harga RM1,799 ataupun harga promosi iaitu RM1,699 bermula 19 Oktober sehingga 18 November. Ia hadir dengan dua pilihan warna iaitu Victory Gold dan Dark Purple.

Realme 13 pula menggunakan cip pemprosesan Dimenstiy 6300, dengan skrin bersaiz 6.72-inci, panel IPS dengan resolusi 20:9 atau 1080 x 2400 yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Kapasiti bateri adalah 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas sehingga 45W secara berwayar.

Realme 13 hadir dengan satu pilihan storan sahaja iaitu 256GB dengan harga RM1,199. Ia hadir dengan dua pilihan warna iaitu Speed Green dan Dark Purple.

Mereka juga telah mengumumkan yang buat pertama kali GT Mode iaitu mod yang khusus untuk bermain permainan mudah alih dipekenalkan melalui siri telefon GT kini turut disertakan untuk kedua-dua telefon ini.

Mod ini membantu untuk memberikan prestasi yang lebih lancar dan pelbagai fungsi lain seperti Geek Power Tuning, Game FIlters, Voice Chamger dan Focus Mode.

Pada majlis yang sama, Realme juga merasmikan pelantikan Team Vamos iaitu pasukan Mobile Legends: Bang Bang di dalam MPL sebagai duta rasmi mereka ataupun “Chief Gaming Official”. Realme 13+ juga menjadi telefon rasmi untuk Honor of Kings World Championship yang sedang berlangsung di Indonesia.

Jualan untuk Realme 13+ akan bermula pada 19 Oktober manakala Realme 13 akan tiba pada 1 November. Anda boleh dapatkan melalui kedai rasmi Realme, pengedar rasmi, rakan telco, Shopee, Lazada dan juga TikTok rasmi.

Leave a Reply