Skip to main content

Permainan penembak pihak pertama Destiny dan Destiny 2 yang dibangunkan oleh Bungie merupakan salah satu permainan penembak live service yang telah aktif untuk beberapa tahun. Destiny 2 telah dilancarkan pada September 2017, dan telah memperlihatkan pelbagai jenis penambahan kandungan setiap tahun.

Terkini, NetEase, syarikat pembangun permainan permua dari China telah mengumumkan bahawa mereka telah membangunkan permainan mudah-alih berdasarkan IP yang sama, yang dinamakan Destiny Rising. Permua ini dilihat memiripi

Menurut NetEase, Destiny Rising dilihat hadir dengan banyak ciri-ciri sama yang hadir dalam permainan asal. Mod pemain tunggal, multi-pemain dan PVP dilihat akan diperkenalkan kelak, dengan tatapermainan loot drop sama yang diperlihatkan pada permainan asal Destiny juga akan tiba.

Dari segi penceritaan, Destiny Rising nampaknya akan memperlihatkan jalan cerita alternatif dimana jalan cerita dunia ini adalah berbeza selepas alaf Dark Ages. Untuk watak pemain, sedikit berbeza dengan apa yang dibuat sebelum ini, pemain nampaknya boleh memilih satu daripada beberapa watakk berlainan yang akan mempunyai jalan cerita dan juga kebolehan dalam permainan yang berbeza.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi sama ada watak-watak NPC pada permainan asal akan membuat penampilan dalam permainan ini.

NetEase mengatakan juga bahawa permua ini sudahpun sedang dibangunkan, dan laman pra-pendaftaran sudahpun dibuka. Ujian alpha untuk permainan ini dijangka akan dibuka pada bulan November 2024.

Sumber: Destiny Rising

Leave a Reply