Nintendo minggu ini telah mengumumkan produk terbaru oleh mereka, ia bukanlah yang berkait dengan permainan video sebaliknya menjual jam digital iaitu Alarmo. Jam ini mula ditawarkan hari ini di beberapa pasaran terpilih dengan harga $99.99 (~RM430).
Selain memaparkan masa, keunikan Alarmo yang mungkin boleh memberikan justifikasi untuk harga ia dapat berfungsi sepenuhnya tanpa sentuhan.
Alarmo dapat memantau kedudukan anda di atas katil, dan jika sudah tiba waktu untuk bangun ia akan terus mengeluarkan bunyi yang juga akan mengikut pergerakan. Ia akan berhenti secara sendiri setalah bangun sepenuhnya daripada katil.

Namun, mod ini berfungsi dengan baik jika tidur berseorangan dan jika tidur berdua, pengguna dicadangkan untuk menggunakan mod butang.
Menjadikannya produk Nintendo, pengguna boleh memilih tema-tema berlainan mengikut permainan-permainan mereka seperti Super Mario Odyssey, The Legend of Zelda, Splatoon 3, Pikmin 4, dan Ring Fit Adventure.