Logitech G iaitu jenama di bawah Logitech telah mengumumkan penawaran siri papan kekunci terbaru mereka iaitu G915 X yang memfokuskan kepada memberi papan kekunci dengan profil-rendah.

G915 X menggunakan switch baharu iaitu cross-style stem bagi menggantikan hook-style stem di dalam G913 yang digunakan sebelum ini yang akan menjadikan kekunci lebih stabil dan bunyi yang lebih senyap. Ia juga memudahkan untuk proses menukar keycaps.

Tambahan pada itu, actuation point untuknya juga dikurangkan kepada 1.3mm berbanding 1.5mm, keycap ABS kini digantikan dengan double-shot, shine-through PBT yang memberi ketahanan yang lebih baik dan juga mengurangkan kesan kotoran.

Kualiti binaan juga dipertingkatkan dengan plat atas yang menggunakan aluminium ditebalkan lagi kepada 1.5 mm berbanding 1.2.

Bagi ketahanan bateri ia menyertakan lebih kurang 20% lebih tinggi berbanding G913 iaitu ketahanan selama 800 jam untuk penggunaan berterusan tanpa lampu, dan 36 jam dengan penggunaan RGB keterangan 100% dan menggunakan LIGHTSPEED.

Bagi versi tenkeyless (TKL) ia menawarkan ketahanan bateri sehingga 1000 jam tanpa lampu dan 42 jam untuk penggunaan RGB keterangan 100%.

Papan kekunci G915 sudah boleh didapatkan melalui pengedar rasmi Logitech G termasuk juga gedung rasmi mereka di Lazada dan Shopee dengan harga berikut:

  • G915 X LIGHTSPEED – RM1099
  • G915 X LIGHTSPEED TKL – RM999
  • G915 X Berwayar – RM899

Model nirwayar ditawarkan dengan pilihan warna hitam dan putih manakala dengan wayar hanya ditawarkan warna hitam.

Leave a Reply