Skip to main content

Nintendo hari ini telah membuka muzium mereka sendiri di bandar Uji, Kyoto, Jepun. Bangunan tersebut merupakan sebuah bekas kilang Nintendo yang ditutup, dan kemudiannya dibina semula untuk dijadikan sebagai sebuah muzium.

Dibuka bermula hari ini, 2 Oktober 2024, muzium Nintendo ini memperlihatkan sejarah penuh syarikat tersebut, sebagai sebuah syarikat yang membuat kad-kad permainan hanafuda kepada peralihan mereka menjadi sebuah syarikat permainan video yang terkemuka bukan sahaja di Jepun, tetapi secara global.

Apa yang menarik mengenai tapak yang dipilih oleh Nintendo ini, ialah seperti yang dikatakan sebelum ini bahawa ia merupakan kilang Nintendo yang pertama. Syarikat tersebut ditubuhkan pada tahun 1889, dan pada 1969, sebelum peralihan mereka ke industri permainan video, kilang ini digunakan untuk mengeluarkan kad-kad permainan hanafuda yang dikatakan.

Selain daripada itu, pengunjung juga boleh bermain pelbagai permainan klasik Nintendo, dan menggunakan konsol-konsol lama yang telah dibesarkan untuk memainkan permainan-permainan video kegemaran mereka.

Tiket masuk ke Muzium Nintendo ini ditetapkan pada harga 3300 yen ataupun sekitar RM95, dan boleh ditempah bermula hari ini melalui laman web Nintendo Museum. Sayangnya tempahan tiket untuk bulan Oktober sehingga Disember sudahpun habis, dan hanya tiket untuk bulan Januari 2025 boleh didapati.

Leave a Reply