Skip to main content

Sony hari ini mengumumkan secara rasminya harga jualan tempatan untuk konsol berkuasa tinggi terbaru mereka, PlayStation 5 Pro. Untuk pasaran Malaysia, konsol baharu ini akan ditawarkan pada harga RM3849, dan boleh dipra-tempah bermula 26 September 2024 ini.

PlayStation 5 Pro ini hadir dengan storan 2TB SSD, dilengkapi satu alat kawalan DualSense, dan juga satu salinan Astro Playroom. Untuk makluman, konsol PS5 Pro adalah versi tanpa cakera, dan sekiranya anda inginkan sokongan berkenaan, maka boleh beli “Disck Drive untuk PS5” secara berasingan.

Tiga perkara menjadi fokus utama pada PlayStation 5 Pro ini, iaitu sokongan GPU yang lebih baik, “Advanced Ray-Tracing”, dan juga penggunaan kecerdasan buatan dalam menawarkan resolusi lebih baik. Sony menjayakan perkara ini melalui kuasa perkomputeran yang lebih tinggi pada PS5 Pro – sekitar 67% lebih baik, sekaligus membolehkan pengguna menikmati permainan yang lancar dalam penawaran grafik yang berkuasa. Sony turut menamakan teknologi “AI Upscalling” mereka sebagai PlayStation Spectral Super Resolution, atau diringkaskan sebagai PSSR, dan disertakan bersama PS5 Pro ini.

Bagi anda yang berminat, boleh memulakan pra-tempahan untuk konsol PS5 Pro ini bermula 26 September 2024 ini. Konsol ini akan dijual secara rasminya bermula 7 November 2024.

Leave a Reply