Skip to main content

Microsoft kini berkongsi menyatakan bakal melancarkan gedung aplikasi tersendiri memfokuskan permua (permainan mudah-alih), menjelang Julai 2024 kelak. Ini sekaligus akan menjadikan kedai aplikasi ini menjadi alternatif kepada Google Play Store dan juga Apple App Store – tetapi memfokuskan kepada penawaran permainan sahaja.

Untuk peringkat permulaan, Microsoft akan menawarkan sejumlah permainan mereka tersendiri seperti Candy Crush dan Minecraft, sebelum membuka akses berkenaan kepada penerbit lain. Microsoft juga akan memperkenalkan gedung aplikasi ini dalam versi web terlebih dahulu, sebelum ia melalui fasa seterusnya.

Pengenalan dalam versi web dikatakan akan membolehkan gedung aplikasi ini diakses ramai pengguna tanpa mengira lokasi, serta tidak tertakluk kepada pelbagai kekangan platform lain.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengenalan gedung aplikasi Microsoft tersendiri dalam masa sekitar dua bulan lagi.

Leave a Reply