PlayStation telah mengumumkan jualan promosi bersempena dengan sambutan Hari Merdeka untuk rakyat Malaysia pada 31 Ogos ini. Melalui jualan promosi ini, mereka memberikan potongan harga untuk PlayStation 5.
PlayStation 5 versi biasa ditawarkan dengan harga RM2,260 berbanding harga asal RM2,499 manakala PlayStation 5 Digital Edition pula ditawarkan dengan harga RM1,830 berbanding harga biasa RM2,069. Tawaran ini adalah untuk model terbaru yang juga digelar sebagai PS5 Slim.
Jika anda berminat, anda boleh melihatnya melalui pengedar-pengedar rasmi PlayStation jika mereka menawarkan promosi ini secara dalam dan juga luar talian.